Friday, 27 December 2013

PEMENANG PERADUAN AKHIR TAHUN ANWARNA

Assalamualaikum semua peminat tudung bawal...

apa khabar?
harap semua dalam keadaan sihat2 sahaja...

Hari ini tibalah hari yang dinanti-nantikan semua peserta yang memasuki peraduan akhir tahun anwarna..
Jika ada peraduan, pastinya ada hadiah bukan?

CONTOH TUDUNG YANG DIGAYAKAN MODEL ANWARNA


hadiah sudah siap dibungkus untuk ketiga-tiga pemenang tetapi namanya sahaja belum dimasukkan di dalam sarung alamat kerana alamatnya pun tidak diketahui lagi...

CONTOH BUNGKUSAN TUDUNG


Berikut adalah 3 nama pemenang beserta kata-kata yang menambat sangkar hati pihak ANWARNA APPAREL..TAHNIAH DIUCAPKAN...

PEMENANG TEMPAT PERTAMA : MUNIZAH MOKHTAR

tudung bawal inspirasiku di ANWARNA APPAREL, membuatku tertarik menggayakannya kerana seindah pekerti muslimah bertambah seri dan ayu apabila menggayakan tudung keluarannya yang sememangnya mengikut syariat islam tudungnya berkualiti, selesa dipakai dan terbentuk cantik apabila dipakai dan ia sesuai digayakan dalam apa jua majlis. Pesona warnanya yang memukau mataku walaupun simple tapi menarik.Yang labuh itu indah,Yang terlindung itu maruah. Hiasi peribadi muslimah dengan tudung bawal dari anWARNA APPArel pencetus inspirasi dunia fesyen tudung bawal bidang besar.I like tudung bawal.



PEMENANG TEMPAT KEDUA : NURUL LIDYAWATI ABU HASSAN

tudung bawal inspirasiku di ANWARNA APPAREL, membuatku tertarik menggayakannya kerana sebab pertama sekali tudung ini tidak jarang... inilah yg membuatkanku ingin memiliki tudung ini sebagai koleksi kesayangan.
Selain dari itu bidangnya yang besar juga membuatkan pemakai tudung ini lengkap menutup aurat sekaligus menjadikannya muslimah sejati.
Inilah dua ciri yang padaku perlu iaitu TIDAK JARANG dan TIDAK SINGKAT untuk menutup bahagian-bahagian penting dari pandangan insan bukan muhrim.



PEMENANG TEMPAT KETIGA : CIK IEFA

tudung bawal inspirasiku di ANWARNA APPAREL, membuatku tertarik menggayakannya kerana kali pertama kau kukenali, koleksimu menambat sanubari, demi menjaga syariat illahi, tudung bawal di ANWARNA APPAREL tampil tersendiri dengan kainnya yang lembut dan mudah dibentuk, warna yang pelbagai yang menjadikan impian wanita kini direalisasikan dengan anWARNA APPArel mewarnai gayamu.

TAHNIAH....


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada 3 orang pemenang di atas..
Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, boleh cuba lagi tahun depan yer untuk peraduan2 yang akan datang daripada pihak ANWARNA APPAREL..

KEPADA YANG BERJAYA,
MOHON BERI NAMA, ALAMAT DAN NO HP DI INBOX ANWARNA AS SOON AS POSSIBLE UNTUK PROSES PENGHANTARAN HADIAH TERUS KE RUMAH ANDA..TQ

JUMPA LAGI ;)

MEWARNAI GAYAMU

No comments:

Post a Comment